Wednesday, 18 January 2017

How Time Flies (#tb 2015)

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca. Saya Aqilah Kayisah Binti Zulkarnain Shah pemilik blog ni. Setelah setahun lebih tak  buka blog akhirnya saya di sini. baru perasan last post masa trial pt3 dulu. lama woooo... sekarang qila dah form5 nak spm dah hahhahaha.....

  Selama saya tak buka blog nih, banyak perkara dah saya lalui. Alhamdulillah PT3 saya dapat keputusan yang baik. Masa cuti bulan 12 2015 dulu (lama dah) saya dan abang pergi melawat keluarga Uncle Shah iaitu pak cik kami merangkap abang kepada ayah kami. Bila diingatkan balik memang seronok la. Tak pernah pun menjejakkan kaki ke pulau Borneo... bila dapat mesti la seronok :) Di Miri dapat la melawat bandarnya yang konfem2 tak macam KL. Bandar nya tak besar nak lepak pun ulang tempat sama je. Bandar bukanlah tempat yang perlu dilawati bila sampai Miri. Kami adalah melawat beberapa tempat bersama pemandu pelancong kami Nabilah Amani dan Muhammad Rajaie sepupu kami :D kami melawat The Grand Old Lady iaitu oill well yang british buat dulu. Dapat la tahu serba sedikit sejarah negara kan.....nak letak gambar tapi gambar kami simpan dalam phone dah hilang memandangkan phone kami mmg bengong. Selain tu kami pergi Gua Niah.best gila
penat mmg penat tapi sekali sekala dapat bersatu dengan alam semulajadi apa salahnya. banyak insect kitorang jumpa kat situ dan paling tak boleh lupa mestila ada satu part gua tu penuh dengan taik kelawar!!! sangatlah busuk!!! hahahaapa apa pun memang pengalaman yang takkan qila lupakan sebab tu first time masuk gua yang real.

  Lagi apa ya..... hah kami pergi Taman Buaya. Buayanya besar2 . tapi pemalas la jugak asyik baring je hahaha. qila ada bagi makan ayam kat buaya . sangkut ayam kat hujung kayu pastu hulur la kat buaya. Qila adala acah acah buaya tu sampai lompat lompat diorang !!! hohhohhoh.Taman buaya tu bukan la ada buaya je banyak juga binatang lain. yang paling bestnya ada seekor kambing ni dia jalan suka hati je kat taman tu haiwan lain semua dalam kandang kena kurung. Kambing tu pun first jumpa dia ikut je qila... comell qila pun amik la gambar dengan kambing tu.... bila lagi ada peluang nak amik gambar dengan kambing yang bukan dalam kandang kan?? tak lupa juga kami pergi ke Pantai Tusan... orang kata pantai tu jadi biru waktu malam... kitorang pergi waktu siang berkelah. Makan KFC. memang cantik pantai tu . Pasirnya putih lepastu ada batu yang macam kepala kuda tu kan kitorang amik gambar, enjoy-enjoy gitu. and qila ada ukir nama qila kat dinding batu pantai tu... tak tau la dah hilang kah masih ada kesan kah? harap dapat pergi Miri lagi hihhi...
  Melawat Miri mmg seronok. sambil2 pergi Miri tu kami ada la pergi negara jiran, Brunei. Kami singgah pantai berkelah lagi. tapi apa yang bestnya first time qila try naik kenderaan yg macam motor tu... lupa la namanya. naik tak ingat dunia sampai kulit pun hitam legam udah le tak pakai sunscreen. lepas dah puas main jalan2 around bandar Brunei then bailk Miri yaey.

  Itulah cerita cuti2 di Miri saya pada 2015. Lama dah berlalu 2017 baru cerita hehehhe... Sampai sini je qila mampu tulis nanti in sya allah akan sambung tentang apa yg saya lalui pada 2016 pula. In sya Allah.... assalamualaikum.

Friday, 28 August 2015

Trial PT3

  Hari Selasa 1/9 trial Pt3....I do not even know wether i am ready or not. Just wish for my success :) Yeah, it is just a trial but still i need to do it properly so......FIGHTO!

Tuesday, 4 August 2015

PT3

  Alhamdulillah, pagi tadi qila dah selesai ujian bertutur Bahasa Melayu. Qila rasa qila dh pun buat yang terbaik. Sekarang ni tinggal ujian bertutur Bahasa Inggeris dengan ujian mendengar BM dan BI.
  Bulan September pula ada percubaan ujian bertulis. Ujian bertulis nilaahh yang susah sangattt lah nak skor A. Lagi2 KH sebab banyak sangat nak kena hafalnya. Sains pun bg qila susah(saya bukan otak sains). Matematik pula in syaa allah boleh skor dengan latihan yang bertimbun yang cikgu bagi.
  Dan lagi satu....qila tak tahu apa nak jadi ngan Bahasa Arab. Qila memang tak terrer subjek ni...tapi sekurang-kurangnya qila harap dpt B pun cukuplah....sebab memang xleh nak masuk otak jadi......qila harap semua orang doakan qila cemerlang dalam PT3 tahun nih.
  Dan kepada semua yang mengambil PT3 ,qila juga doakan yang terbaik untuk korang!!!!!!! Jom kita sama2 berusaha!!!! Yeaahhh!!!!!

Monday, 26 January 2015

begin again

Aku pernah pergi kelas untuk belajar gitar...itu pun sekejap je :[ tak banyak yang aku dapat belajar so... aku dalam proses nak belajar semula bukan belajar chords je tapi not jugak...hanya dengan menggunakan 2 buah buku muzik yang aku ada skang ni...so sesapa yang nak kongsi ilmu dengan aku kongsilah ya ;) aku ni kiranya masih beginner dalm not-not ni aku tak faham sangat baca buku... dah la bahasa inggeris pula tu,susah skit sebab nak kena translate kekadang ada yang tak pernah dengar pun ayat tu...so come on share it with me! (ceh,speaking pulok :P ) or korang ada recommend website yang ada ilmu muzik ke? whateverlah~ just share it, okay? sharing is caring :D

Friday, 23 January 2015

Parallel Universe: BAB 1

"uargh!! ape nih..uargh! hantu!!" Iqmal menjerit sambil menutup matanya."Iqmal! Woii Iqmal kau dah kenapa?!"Aina pula menjerit kepada Iqmal kerana bingung. " kau tak nampak ke hantu kau main banyak depan mata nih? kau tak takut ke haah!?" kata Iqmal kepada Aina. Aina yang mendengar kata-kata Iqmal itu terus mengeluh dan berkata "haih~kau lupa eh yang kau ada 6th sense?" selepas mendengar apa yang dikatakan Aina,Iqmal menjadi blur dan seketika kemudian riak mukanya berubah seperti telah mengingati sesuatu. "Oh yela~ lupa plak..hehe.." ."hhmm.. baguslah dah ingat...tunggu apa lagi pergi lah siap cepat." kata Aina kepada Iqmal. "siap pergi mana pulak kau nih??" Iqmal merungut. "ntah? kau rasa?" balas Aina. "SEKOLAH!! Alamak camane boleh lupa plak nih!! kena cepat ni dah lambat!!" dengan pantas Iqmal bangun dari katilnya selepas melihat kearah jam yang menunjukkan pukul 6:55 pagi. Iqmal kelam kabut dan terpaksa memberanikan diri untuk berhadapan dengan hantu-hantu yang menakutkan dihadapan matanya.Hantu-hantu tersebut suka mengacaunya setiap pagi kerana bagi mereka ianya menyeronokkan untuk mengacau remaja penakut seperti Iqmal. Namun, Iqmal redha dengan takdir yang telah ditentukan untuknya....apapun dia harus cuba untuk menjadi BERANI!!
__________________________________________________
   Haih...itulah dia pagiku.Pagi yang sangat menakutkan,buka je mata,hantu sana sini! merata-rata! menyeramkan sungguh!sungguh! mata terkeluarlah,lidah panjanglah,mata terbeliaklah pastu senyuman diorang menakutkan! tapi ada satu hantu ni....tak menakutkan langsung! baik pula tu. nama dia 'Aina' ....hah? nak tahu macam mana boleh jadi macam ni? semuanya bermula pada bulan lepas......(BERSAMBUNG~)

Thursday, 22 January 2015

HI!! dah setahun tak buka blog ni dah berhabuk daaah~ pastu terkejut sebab PINK sangat... hahaha ok tu je tunggu lah nanti aku berblog lagi goodnight :)

Wednesday, 10 July 2013

Berniaga.....

Berniaga keychain nama mmg dpt bnyk untung.....ahad minggu lepas (30 jun),berniaga kat sekolah sebab ade hari KOKO .hari jumaat pula berniaga dekat UIA.ingatkan budak U x minat sgt laa dgn keychain nama ni tapi belambak yg dtg nk order.....sabtu pula berniaga kat masjid bukit indah.relaks je berniaga kat masjid so x la kelam kabut.hari ahad sepatutnye berniaga dekat TTDI JAYA tapi sbb penat sgt x jadi laa.hmmm untung banyaaaaaaaakkk.....hah apa lagi simpan lah kat bank....eh x nk la nk beli kamera Canon EOS hehehehe.......akhir sekali aqilah nk ucapkan SELAMAT BERPUASA .....
amacam puasa 1st day???
 

Copyright © 2013 | Qila Qola Gadis Gitar | by Cik Bulat