Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca. Saya Aqilah Kayisah Binti Zulkarnain Shah pemilik blog ni. Setelah setahun lebih tak buka blog akhirnya saya di sini. baru perasan last post masa trial pt3 dulu. lama woooo... sekarang qila dah form5 nak spm dah hahhahaha.....
Selama saya tak buka blog nih, banyak perkara dah saya lalui. Alhamdulillah PT3 saya dapat keputusan yang baik. Masa cuti bulan 12 2015 dulu (lama dah) saya dan abang pergi melawat keluarga Uncle Shah iaitu pak cik kami merangkap abang kepada ayah kami. Bila diingatkan balik memang seronok la. Tak pernah pun menjejakkan kaki ke pulau Borneo... bila dapat mesti la seronok :) Di Miri dapat la melawat bandarnya yang konfem2 tak macam KL. Bandar nya tak besar nak lepak pun ulang tempat sama je. Bandar bukanlah tempat yang perlu dilawati bila sampai Miri. Kami adalah melawat beberapa tempat bersama pemandu pelancong kami Nabilah Amani dan Muhammad Rajaie sepupu kami :D kami melawat The Grand Old Lady iaitu oill well yang british buat dulu. Dapat la tahu serba sedikit sejarah negara kan.....nak letak gambar tapi gambar kami simpan dalam phone dah hilang memandangkan phone kami mmg bengong. Selain tu kami pergi Gua Niah.best gila
penat mmg penat tapi sekali sekala dapat bersatu dengan alam semulajadi apa salahnya. banyak insect kitorang jumpa kat situ dan paling tak boleh lupa mestila ada satu part gua tu penuh dengan taik kelawar!!! sangatlah busuk!!! hahahaapa apa pun memang pengalaman yang takkan qila lupakan sebab tu first time masuk gua yang real.
Lagi apa ya..... hah kami pergi Taman Buaya. Buayanya besar2 . tapi pemalas la jugak asyik baring je hahaha. qila ada bagi makan ayam kat buaya . sangkut ayam kat hujung kayu pastu hulur la kat buaya. Qila adala acah acah buaya tu sampai lompat lompat diorang !!! hohhohhoh.Taman buaya tu bukan la ada buaya je banyak juga binatang lain. yang paling bestnya ada seekor kambing ni dia jalan suka hati je kat taman tu haiwan lain semua dalam kandang kena kurung. Kambing tu pun first jumpa dia ikut je qila... comell qila pun amik la gambar dengan kambing tu.... bila lagi ada peluang nak amik gambar dengan kambing yang bukan dalam kandang kan?? tak lupa juga kami pergi ke Pantai Tusan... orang kata pantai tu jadi biru waktu malam... kitorang pergi waktu siang berkelah. Makan KFC. memang cantik pantai tu . Pasirnya putih lepastu ada batu yang macam kepala kuda tu kan kitorang amik gambar, enjoy-enjoy gitu. and qila ada ukir nama qila kat dinding batu pantai tu... tak tau la dah hilang kah masih ada kesan kah? harap dapat pergi Miri lagi hihhi...
Melawat Miri mmg seronok. sambil2 pergi Miri tu kami ada la pergi negara jiran, Brunei. Kami singgah pantai berkelah lagi. tapi apa yang bestnya first time qila try naik kenderaan yg macam motor tu... lupa la namanya. naik tak ingat dunia sampai kulit pun hitam legam udah le tak pakai sunscreen. lepas dah puas main jalan2 around bandar Brunei then bailk Miri yaey.
Itulah cerita cuti2 di Miri saya pada 2015. Lama dah berlalu 2017 baru cerita hehehhe... Sampai sini je qila mampu tulis nanti in sya allah akan sambung tentang apa yg saya lalui pada 2016 pula. In sya Allah.... assalamualaikum.
Wednesday, 18 January 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment